Dian

Saksikan kesemua 20 episod Drama Dian terbitan A-10 Alliance Sdn Bhd, arahan Kyoll Hamzah di slot Glamadrama NTV7. Dibintangi oleh Elizad Sharifuddin dan Qi Razali. Mula bersiaran pada 28 November 2018 Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam.


Sinopsis

Dian seorang wanita yang hanya berpegang kepada prinsip hidupnya terkilan dengan ibunya yang tidak memberi restu atas pilihan hatinya. Dan disebabkan itulah dia terpaksa mengharungi pelbagai pancaroba dan halangan dalam kehidupannya.

Dian telah memilih Hisham sebagai pasangan hidupnya walaupun ditentang oleh ibunya Yon Aishah. Sebenarnya, ibu Dian mempunyai perancangan untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris yang merupakan seorang doktor berjaya. Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap ingin berkahwin dengan Hisham.

Selapas mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya itu, Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa dan Aiman. Dian tidak sangka bahawa hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu.

Suatu hari, Hisham bertengkar besar dengan Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya itu. Dalam pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri.

Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa. Nisa terpaksa menjadi ibu kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dapat dibuang, dan masih kerap membuang masa di kelab judi.

Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya. Malangnya Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya. Masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 tahun Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi untuk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yang gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebas.

Banyak kejadian yang berlaku apabila Dian cuba menjejaki anaknya. Adakah Dian akan bertemu semula degnan Fiqa dan Aiman? Inginkah Dia untuk pulang semula ke pangkuan Hisham?


Info

Jumlah Episod : 20
Pengarah : Kyoll Hamzah
Syarikat Penerbitan : A-10 Alliance Sdn Bhd
Skrip : Mufid Suhaimi & NextScene Team
Penyiaran : NTV7 Slot Glamadrama
Tarikh Mula Tayangan : 28 November 2018
Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat, 8.30 malam
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Elizad Sharifuddin Dian
Qi Razali Hisham
Fazlina Ahmad Daud Yon Aishah
Erra Fazira Eva Raisya
Mimi Lana Syafiqa
Izzy Reef Aiman
Yasmin Hani Nisa
Tony Eusoff Faris
Adrea Abdullah Kak long Intan
Iman Corinne Adrienne Tini

Dian Episod Akhir

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team