Jika Masih Ada Rindu

Saksikan kesemua 15 episod Drama Jika Masih Ada Rindu terbitan FJ Pictures Sdn Bhd, arahan Feroz Kader di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Kamal Adli dan Siti Saleha. Mula bersiaran pada 19 Disember 2018 Isnin hingga Rabu jam 10 malam.


Sinopsis

Mengisahkan Hisham yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida. Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Talak dilafazkan Badrul Hisham terhadap isterinya, Wahida sekali gus memadamkan segala memori indah dalam diri Wahida.

Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun, ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham.

Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?


Info

Jumlah Episod : 15
Pengarah : Feroz Kader
Syarikat Penerbitan : FJ Pictures Sdn Bhd
Idea Asal : Shida Zali
Skrip : Shida Zali, Ema Shamsuri, Jay Ishak
Penyiaran : TV3 Slot Samarinda
Tarikh Mula Tayangan : 20 Disember 2018
Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat, 7:00 Malam
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Siti Saleha Wahida
Kamal Adli Hisham
Wan Ellyas Johan
Syafnida Shuhaimi Melissa
Syamin Azlah Husna
Fazlina Ahmad Daud Datin Embun
Ezzaty Abdullah Suhaila
Zarynn Min Laila
Meor Mohd Edy
Ku Zara Eryna Qistina
Jasmine Ashraf Wardah
Aznah Hamid Salmah
Numan Salleh Pak Mat

Jika Masih Ada Rindu Episod Akhir

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team