Layan Drama Online

Kan Kukejar Cinta Kamu

Saksikan kesemua 28 episod Drama Kan Kukejar Cinta Kamu terbitan Global Station Sdn Bhd, arahan Yusry Abdul Halim di slot MegaDrama ASTRO. Dibintangi oleh Amyra Rosli dan Fendy Bakry. Mula bersiaran pada 17 Disember 2018 Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu - Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

Pelakon Drama Kan Kukejar Cinta Kamu terdiri daripada Amyra Rosli memegang watak sebagai Alma Hakim, Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan, Delimawati sebagai Nek Bonda, Hafidz Roshdi sebagai Huzail, Elya Miera sebagai Dilaila, Syamim Farid sebagai Kalsom, Doria Rachel Jolly sebagai Adelea, Natasya Mahyan sebagai Marlisa, Mia Nasir sebagai Qistina, Safwan Nazri sebagai Faris, Shah Hazvee sebagai Raid, Hafizuddin Fadzil sebagai Datuk Seri Hakim, Zarynn Min sebagai Datin Seri Dhiya, Mahmud Alibashah sebagai Muzzamil, Rosnah Johari sebagai Nazurah, RJ sebagai Zack

Drama Kan Kukejar Cinta Kamu diarahkan oleh Yusry Abdul Halim, sebuah drama terbitan Global Station Sdn Bhd. Penulis skrip Drama Kan Kukejar Cinta Kamu ialah Rozie Rashid & Zakinah Ab. Zarith. Drama Kan Kukejar Cinta Kamu ditayangkan di saluran ASTRO MegaDrama bermula pada 17 Disember 2018 Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Lagu tema Drama Kan Kukejar Cinta Kamu - Hajat, diyanyikan oleh Hael Husaini, lirik oleh Hael Husaini dan Ezra Kong dari Label Rocketfuel Network.

Info

Tajuk Kan Kukejar Cinta Kamu
Jumlah Episod 28 episod
Pengarah Yusry Abdul Halim
Penulis Skrip Rozie Rashid, Zakinah Ab. Zarith
Terbitan Global Station Sdn Bhd
Penyiaran ASTRO
Slot MegaDrama
Waktu Siaran Isnin hingga Khamis jam 10 malam
Pelakon Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ, Husna Mustaffa, Oktovia Manrose, Fadzilah Mansor