Lafazkan Kalimah Cintamu

Saksikan kesemua 32 episod Drama Lafazkan Kalimah Cintamu terbitan SR One Sdn Bhd, arahan Along Kamaludin di slot MegaDrama ASTRO. Dibintangi oleh Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab. Mula bersiaran pada 15 Januari 2018 Isnin hingga Khamis jam 10 malam.


Sinopsis

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Info

Jumlah Episod : 32
Pengarah : Along Kamaludin
Syarikat Penerbitan : SR One Sdn Bhd
Penulis Novel : Siti Rosmizah Semail
Skrip : Rozie Rashid , PGRs Team dan Ainaa Hanez
Penyiaran : ASTRO Slot MegaDrama
Tarikh Mula Tayangan : 15 Januari 2018
Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis, 10:00 Malam
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Farid Kamil Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab Tengku Natasha
Adriana Adnan Farhana
Farez Ridzwan Azrul
Imam Shah Shafiq
Azri Iskandar Tengku Hisham
Liza Abdullah Tengku Azreena
Erissa Puteri Tengku Natasha
Nur Qistina Raisah Tengku Aqilah
Anne Abdullah Mak Kiah
Adibah Noor Kak Kembong
Nazia Mustafar Tuti
Azhar Sulaiman Tengku Hashim

Lafazkan Kalimah Cintamu Episod Akhir

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team