Lelaki Kiriman Tuhan

Saksikan kesemua 18 episod Drama Lelaki Kiriman Tuhan terbitan Zeel Production Sdn Bhd, arahan Rashid Sibir di slot Raihana ASTRO. Dibintangi oleh Remy Ishak dan Mira Filzah. Mula bersiaran pada 1 Oktober 2018 setiap Isnin jam 9 malam.


Sinopsis

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?


Info

Jumlah Episod : 18
Pengarah : Rashid Sibir
Syarikat Penerbitan : Zeel Production Sdn Bhd
Penulis Novel : Umie Nadzimah
Skrip : Mufid Shuhaimi
Penyiaran : ASTRO Slot Raihana
Tarikh Mula Tayangan : 1 Oktober 2018
Waktu Siaran : Isnin, 9 malam
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Remy Ishak Iqbal Raid
Mira Filzah Naira
Kartina Aziz Umi
Harris Anuar Faris
Isyariana Zeenat
Uyaina Arshad Maryam
Jesse Lim Ah Seng
PU Azman Cik Muiz
Rozita Che Wan Kak Bed
Jasmin Hamid Datin Maria

Lelaki Kiriman Tuhan Episod Terbaru

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team