Opsss... Terpikat Cik Sombong

Saksikan kesemua 30 episod Drama Opsss... Terpikat Cik Sombong terbitan Khalida Productions Sdn Bhd, arahan Khalid Nadzri di HyppSensasi Unifi TV. Dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Dayang Areeda. Mula bersiaran pada 10 Disember 2018 Isnin dan Selasa jam 9 malam.


Sinopsis

Ira Harisya. Cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang suka ambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi, lelaki itu Zeid Farhans.

Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya, bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa jadi punching bag.

Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans. Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan.

Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya. Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suami. Suami yang tidak dirancang. Namun, bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang kilauannya sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opss…dia sudah terpikat pada cik sombong, Tetapi Ira Harisya, bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka!


Info

Jumlah Episod : 30
Pengarah : Khalid Nadzri
Syarikat Penerbitan : Khalida Productions Sdn Bhd
Penulis Novel : Cici Aida
Penyiaran : Unifi TV HyppSensasi
Tarikh Mula Tayangan : 10 Disember 2018
Waktu Siaran : Isnin dan Selasa, 9 malam
Tempoh Siaran : 60min

Pelakon

Shukri Yahaya Hans
Dayang Areeda Ira Harisya
Nafiez Zaidi Tengku Reez
Ariff Aziz Imran
Liza Abdullah Puan Sri Marlia

Opsss... Terpikat Cik Sombong Episod Terbaru

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team