Pencuri Cinta Kelas Satu

Saksikan kesemua 13 episod Drama Pencuri Cinta Kelas Satu terbitan Orangetree Production Sdn Bhd, arahan Pyan Screw di slot Raihana ASTRO. Dibintangi oleh Hafreez Adam dan Emma Maembong. Mula bersiaran pada 2 Julai 2018 setiap Isnin jam 9 malam.


Sinopsis

Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.

Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?


Info

Jumlah Episod : 18
Pengarah : Pyan Screw
Syarikat Penerbitan : Orangetree Production Sdn Bhd
Penulis Novel : Illa Shanahila
Skrip : Amin Shakib, Eja Lorena, Azmy Arif dan Norimal
Penyiaran : ASTRO Slot Raihana
Tarikh Mula Tayangan : 2 Julai 2018
Waktu Siaran : Isnin, 9 malam
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Hafreez Adam Firzal
Emma Maembong Aira (Aisya Humaira)
Mawar Rashid Hanisa
Zarul Husin Farhan
Nazeera Sardi Jiha
Raf Yaakob Jidin
Ariz Lufias Zulfa
Scha Elinnea Hardena
Iswan Ismail Farish

Pencuri Cinta Kelas Satu Episod Terbaru

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team