Petua Nenek

Drama bersiri 20 episod terbitan A.Aida Production Sdn Bhd, arahan Along Kamaludin di slot Dahlia TV3. Dibintangi oleh Adiba Yunus, Raja Afiq, Liza Abdullah, Keena Mentor dan Fazli Zainal. Bersiaran bermula 22 Disember 2018 setiap Sabtu dan Ahad jam 6:58 malam.


Sinopsis

Mengisahkan Qaseh Arina (Adiba Yunus) yang dibesarkan oleh neneknya, Nek Embun (Liza Abdullah). Nek Embun merupakan seorang bidan yang terkenal dengan pelbagai petua. Sejak kecil lagi Qaseh sudah mengikuti Nek Embun menyambut kelahiran bayi dan Qaseh ingin menjadi seperti neneknya itu. Setiap petua Nek Embun, Qaseh catitkan di dalam buku notanya. Petua-petua Nek Embun dibawa Qaseh sehinggalah dia melanjutkan pelajaran di universiti di Kuala Lumpur. Pelbagai aksi mencuit hati yang dilakukan oleh Qaseh dengan petua-petua Nek Embun sehinggakan dia dikatakan kolot oleh rakan-rakan universiti.

Orang bandar tidak percaya pada petua-petua Qaseh. Tetapi, petua Qaseh berhasil membantu menyelesaikan masalah Nash (Raja Afiq), jejaka kaya dan tampan tetapi mempunyai masalah bau badan. Sejak itu mereka berkawan baik. Pelbagai lagi aksi mencuti hati Qaseh dengan petua-petuanya sehinggakan rakan serumahnya dimasukkan ke hospital kerana alah pada ramuan yang digunakan Qaseh.

Qaseh dimarahi dan dihalau keluar dari rumah sewa mereka. Apakah yang akan terjadi pada Qaseh? Masihkah dia berpegang pada petua-petua Nek Embun?


Info

Jumlah Episod : 20
Pengarah : Along Kamaruddin
Syarikat Penerbitan : A.Aida Production Sdn Bhd
Skrip : Azlina Din, Azni Ishak
Penyiaran : TV3 Slot Dahlia
Tarikh Mula Tayangan : 2 Disember 2018
Waktu Siaran : Sabtu dan Ahad, 6:58 Malam
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Adiba Yunus Qaseh Arina
Liza Abdullah Nek Embun
Raja Afiq Nash
Jasmine Ashraff Cikgu Rose
Fazli Zainal Dato Rafael
Keena Mentor Leha

Zaidi Omar, Nafiez Zaidi, Julia Farhana Marin, Annie Ariffin


Drama Petua Nenek Episod 8

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team