Pujaan Hati Kanda

Saksikan kesemua 28 episod Drama Pujaan Hati Kanda terbitan Mache All Star United Sdn Bhd, arahan Eoon Shuhaini di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah dan Sarah Hildebrand. Mula bersiaran pada 20 Disember 2018 Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.


Sinopsis

Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?


Info

Jumlah Episod : 28
Pengarah : Eoon Shuhaini
Syarikat Penerbitan : Mache All Star United Sdn Bhd
Penulis Novel : Aulia Iman
Skrip : Intan Zarina
Penyiaran : TV3 Slot Akasia
Tarikh Mula Tayangan : 20 Disember 2018
Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat, 7:00 Malam
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Aiman Hakim Affan
Hannah Delisha Laila
Nadia Brian Sarina
Ikmal Amry Akbar
Fahad Iman Ikhwan
Catriona Brian Ross Puan Zaity
Fauzi Nawawi Dr Azhar
Hafiz Bahari Ili
Elly Mazlein Rima
Zul Huzaimy Luq
Nasz Sally Bib
Yuna Rahim Isya
Natasha Elyzza Ariana

Pujaan Hati Kanda Episod 20

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team