Rahsia Hati Perempuan

Saksikan kesemua 24 episod Drama Rahsia Hati Perempuan terbitan Hyperpictures Sdn Bhd, arahan Michael Ang di slot MegaDrama ASTRO. Dibintangi oleh Hisham Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim dan Uqasha Senrose. Mula bersiaran pada 25 Jun 2018 Isnin hingga Khamis jam 10 malam.


Sinopsis

Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah apabila Ilaina berpindah ke luar negara, Australia. Mereka saling membalas surat namun malang menimpa Zayn dan Mikael apabila rumah mereka musnah terbakar menyebabkan mereka terputus hubungan

Ketika sudah dewasa, Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan yang dialami Zayn akibat perkahwinan yang dibatalkan oleh Ayra. Semasa bercuti, Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael dan merancang untuk menyatukan semula hubungan Ilaina dengan bekas kekasihnya, Adzim.

Hubungan Ilaina dan Mikael kian rapat. Ilaina masih ada hati dengan Mikael walaupun sudah lama terpisah. Pada masa sama, Arissa juga menaruh hati terhadap Mikael walaupun mengetahui Ilaina sukakan Mikael. Ayah Ilaina, Pak Mail pula ingin menunaikan janjinya dengan arwah ayah Mikael untuk mengahwinkan Ilaina dengan Mikael.

Mikael dan Zayn mengajak Ilaina pulang bersama mereka ke Malaysia namun dihalang oleh ibunya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn berhenti kerja dan ingin memulakan kerjaya sebagai penulis novel. Zayn berpura pura menjadi Mikael dalam talian untuk kekal berhubung dengan Ilaina. Mikael pula mendapati dirinya disahkan menghidap penyakit kanser namun dia tidak berterus terang dengan Zayn akan keadaannya.

Ilaina dan Arissa pulang ke Malaysia walaupun dihalang Puan Suraya. Mikael terpaksa bersetuju dengan Zayn untuk belum berterus terang yang sebenarnya selama ini Zayn yang sering berhubung dengan Ilaina.

Mika mengecewakan Ilaina bila Zayn yang muncul pada temu janji mereka. Adzim tiba dari Australia mencari Ilaina. Ilaina, Arissa, Mika masih merahsiakan penyakitnya dari kawan-kawan baiknya. Ilaina dapat tahu yang selama ini Zayn yang membalas surat dan kiriman mesejnya dan dia kecewa pada Zayn dan Mika. Encik Ismail dan Tok Dah bersetuju untuk menikahkan Ilaina dengan Mikail.


Info

Jumlah Episod : 20
Pengarah : Michael Ang
Syarikat Penerbitan : Hyperpictures Sdn Bhd
Skrip : Ayuni Zamani
Penyiaran : ASTRO Slot MegaDrama
Tarikh Mula Tayangan : 25 Jun 2018
Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis, 10:00 Malam
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Hisyam Hamid Zayn
Mira Filzah Ilaina
Fikry Ibrahim Mikael
Uqasha Senrose Arissa
Mak Wan Tok Wan
Fauziah Ahmad Daud Suraya
Lydiawati Laila
Eina Azman Ayra
Amir Nafis Adzim
Ziha Salleh Saerah
Duerra Mitilda Ilaina
Redzwan Adha Zyan
Shah Faris Mikael

Rahsia Hati Perempuan Episod Akhir

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team