Sejuta Rasa Buat Adelia

Saksikan kesemua 20 episod Drama Sejuta Rasa Buat Adelia terbitan MIG Beats Sdn. Bhd, arahan Eyra Rahman di slot MegaDrama ASTRO. Dibintangi oleh Aliff Aziz dan Daiyan Trisha. Mula bersiaran pada 25 Jun 2018 Isnin hingga Khamis jam 10 malam.


Sinopsis

Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?


Info

Jumlah Episod : 20
Pengarah : Eyra Rahman
Syarikat Penerbitan : MIG Beats Sdn. Bhd
Penulis Novel : Norzailina Nordin
Skrip : Rizuan Mat Nor
Penyiaran : ASTRO Slot MegaDrama
Tarikh Mula Tayangan : 25 Jun 2018
Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis, 10:00 Malam
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Daiyan Trisha Adelia Naurah
Aliff Aziz Syed Idlan
Adam Lee Hafidz
Elvina Mohamad Joanna
Fikhree Bakar Chef Razi
Jasper Supayah Kayla
Shukri Tahir Nedim
Vicha Saywho Stella
Shah Kimin Rozhan
Sabrina Ali Madam Mona
Zalif Sidek En Zubir
Ikmal Amry Nik
Sheila Mambo Zaiton
Kartina Aziz Mak Tok

Sejuta Rasa Buat Adelia Episod Akhir

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team