Selafaz Cinta

Saksikan kesemua 60 episod Drama Selafaz Cinta terbitan Suhan Movies & Trading, arahan Pali Yahya & Eez Jalaluddin di slot Tiara ASTRO. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin. Mula bersiaran pada 27 November 2018 Isnin hingga Jumaat jam 6 petang.


Sinopsis

Mengisahkan mengisahkan konflik rumah tangga melibatkan dilema seorang wanita bernama Jannah yang menghadapi masalah orang ketiga dalam rumahtangganya. Lebih malang lagi apabila orang ketiga tersebut merupakan adik kawan baiknya sendiri. Semuanya berubah bila Jannah secara tidak sengaja terbaca pesanan teks di telefon bimbit suaminya, Reza. Pesanan yang berbaur mesra tersebut dihantar oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Snow White’. Walau bagaimanapun, Jannah tetap bersangka baik pada Reza.

Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza.


Info

Jumlah Episod : 60
Pengarah : Pali Yahya & Eez Jalaluddin
Syarikat Penerbitan : Suhan Movies & Trading
Skrip : Nieza Nahar
Penyiaran : ASTRO Slot Tiara
Tarikh Mula Tayangan : 27 November 2018
Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat, 6 petang
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Saharul Ridzwan Reza Ammar
Syatilla Melvin Zahratul Jannah
Puteri Aishah Liza Liyana
Aqasha Ustaz Jihad
Fezrul Khan Irsan
Riz Amin Ditto
Sharifah Sakinah Jasmine
Ikhwan Azrel
Luqman Hafidz Haris
Sura Sojangi Farisya
Mimi Ernida Puan Dea
Asyiqin Zaed Reen
Ainin Batrisya Shila
Idraki Tan Alif

Selafaz Cinta Episod 37

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team