Terbaik Dariku

Saksikan kesemua 15 episod Drama Terbaik Dariku terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd, arahan Along Kamaludin di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, dan Azar Azmi. Mula bersiaran pada 14 November 2018 Isnin hingga Rabu jam 9 malam.


Sinopsis

Mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Aisyah mengahwini Taufiq kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.

Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya

Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Kehadiran Zaharah, seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah.

Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.

Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?


Info

Jumlah Episod : 15
Pengarah : Along Kamaludin
Syarikat Penerbitan : Layar Ceritera Sdn Bhd
Idea Asal : Lily Suhana
Skrip : Adza Emie
Penyiaran : TV3 Slot Samarinda
Tarikh Mula Tayangan : 14 November 2018
Waktu Siaran : Isnin hingga Rabu jam 9 malam.
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Zara Zya Aisyah
Syazuwan Hassan Taufiq
Azar Azmi Suraya
Hanna Aqeela Zaharah
Fadilah Mansor Saodah
Azri Iskandar Azman
Ainina Ahmad Zaiton
Ikhlas Jalil Farid
Amirul Faqeem Aidil
Aisyah Kamaludin Laina
Dilla Ahmad Nasuha
Adam Corrie Tiger
Aleza Shadan Yani
Sabhi Saddi Ahmad
Adrea Abdullah Cik Sue
Shamiela Puteri

Terbaik Dariku Episod Akhir

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team