Vila Ghazara

Saksikan kesemua 40 episod Drama Vila Ghazara terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd, arahan Feroz Kader di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Syukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Aidil Aziz dan Hafeez Mikail. Mula bersiaran pada 17 September 2018 Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.


Sinopsis

Vila Ghazara teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yang disangka.

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alia yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alia.

Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Ariana (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alia di rumah. Rupa-rupanya, Ariana dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Ariana kerana Ariana pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Ariana dan Hariz akan membibitkan rasa cinta?


Info

Jumlah Episod : 40
Pengarah : Feroz Kader
Syarikat Penerbitan : Excellent Pictures Sdn Bhd
Skrip : Wira Hijau dan Amy Aimi
Penyiaran : TV3 Slot Akasia
Tarikh Mula Tayangan : 17 September 2018
Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat, 7:00 Malam
Tempoh Siaran : 45min

Pelakon

Shukri Yahaya Hariz
Azira Shafinaz Ariana
Mustapha Kamal Dr Ghaz (Ghazaly Baqri)
Haleeda Zaharah (Zara)
Syed Aiman Zarul
Aidil Aziz Adrian
Hafeez Mikail Dazrin
Amirul Faqeem Azrel
Elly Mazlein Maria
Tunku Hanis Sofea
Puteri Rafasya Alia
Riena Diana Anggerik
Qaralyana Ellie
Cik Maggis Mastura
Sophia Liana Hanie
Hamizul Hafeez Rahmat

Vila Ghazara Episod Akhir

Episod Playlist

Layan Drama Online Team

So remember Me; I will remember you. (2:152)

Share
Published by
Layan Drama Online Team